Thursday, October 29, 2009

Warganegara kelas ke-2, teruk sangat?

Bismillah..

Bayangkan anda warganegara kelas ke-2. Di sebuah negara islam yang adil, kerana anda bukan beragama islam. Bukan kerana anda satu2 bangsa tertentu, atau suku2 tertentu. Tapi hanya kerana anda bukan islam.

Keadilan dalam negara ini tidak disangkal lagi. Apa sahaja keperluan rakyat dipenuhi, tanpa mengira bangsa dan agama. Cumanya hak sebagai warganegara kelas kedua terhad dalam bidang politik dan perundangan. Undang-undang merupakan undang-undang islam yang adil, dan Ketua Negara merupakan seorang muslim.

Anda mendapat hak bekerja, hak biasiswa, hak menyambung pelajaran ke luar negara, hak mempertahankan pusaka sepertimana seorang muslim. Hak mendapatkan keadilan sekiranya berlaku jenayah, hak berkeluarga, hak berkawan, hak berjual beli, hak sebagai peniaga, asalkan anda jujur dan adil. Semua hak-hak ini dipenuhi. Tapi sudah pasti anda perlu membayar cukai, tak lain tak bukan sebagai bayran kepada perkhidmatan kakitangan yang memastikan hak-hak anda tertunai..

Sekiranya suatu hari anda diberi hidayah oleh Allah dan ingin menukar ke agama islam, dengan mudahnya juga anda telah menjadi warganegara kelas pertama dan tiada siapa dalam negara itu berhak mempersoalkan hak anda sebagai warganegara kelas pertama walaupun bukan warna kulit yang sama mahupun bentuk batang hidung yang berbeza.



Alhamdulillah saya dilahirkan muslim, dan izzah dengan keislaman saya sehingga ke hari ini. Moga Allah terus berikan taufik dan inayahNya hingga ke penghujung jalan.

Hak kesamarataan antara kaum. Memang itu yang islam perjuangkan, seseorang tidak dibezakan dengan warna kulit-- kalau nak jadi PM perlu sawo matang??-- tapi atas dasar keislaman, kerana seorang muslimlah yang akan mendokongi undang-undang dan sistem negara islam tersebut.

Bila difikir-fikir, sekiranya saya warganegara kelas kedua seperti yang digambarkan di atas, kemungkinan saya rela kekal warganegara kelas kedua, lebih baik drpd memperjuangkan kesamarataan dalam sebuah negara sekular, yang pada hakikatnya belum tentu dapat memenuhi tuntutan saya sebagai seorang warganegara, samada kelas pertama, kedua mahupun ketiga.

Allah Maha Adil, dan Islam itu indah.. Moga Allah menetapkan hati-hati kita dalam perjuangan menegakkan agamaNya!