Friday, February 26, 2010

Ceramah Syiah Bersempena Maulidurrasul..

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah semalam berkesempatan untuk ke Dewan Malaysia Abasiyyah untuk mendengar ceramah tentang hakikat syiah. Dr mahmud yang merupakan profesor dalam bidang mantik, memang banyak membuat pembacaan dan kajian tentang syiah. Ceramah beliau sarat, penuh isi, dan menjawab banyak persoalan2 asas yang saya kira bermain di benak fikiran ramai di antara kita..

Saya akan cuba updet isi kandungan ceramah beliau, tapi buat permulaan, nak kongsi jawapan kepada soalan yang saya sendiri tertanya-tanya sejak dulu.

Q : Adakah perjuangan syiah dalam berhadapan dengan israel dan menegakkan hak-hak orang islam merupakan satu perjuangan yang asli (genuine) atau sebaliknya? Jika sebaliknya, perlukah kita mencari dan membongkarkan hakikat perjuangan mereka, untuk kita lebih berhati-hati?

A : Sesiapa yang mengatakan mereka musuh israel merupakan kawan kita, atau saudara kita, kerana musuh kita yang utama adalah israel.. Jadi, musuh kepada musuh kita, sudah tentu kawan kita.. Selagi mana secara zahirnya mereka menunjukkan solidariti dengan perjuangan kita menegakkan ummah dan menjatuhkan kemungkaran di muka bumi, maka kita bersama meraka dan mereka bersama kita.. namun ini tidak bermakna kita tidak mengiktiraf kesalahan2 mereka yang berbentuk aqidi dsb, dan menerima mazhab mereka..

Wallahualam.

Antara yang paling menarik ialah kebolehan beliau mempersembahkan tajuk ini dengan penuh ilmiah dan wasatiyyah yang menyebabkan akhirnya saya sendiri pulang bukan dalam keadaan serabut tak tentu pasal dengan Mazhab Syiah, malah lebih faham pendekatan yang perlu kita ambil untuk menyatukan ummah ini dalam keadaan kita yang berbeza..

Yallah, ke arah kesatuan ummah..!

~Selepas penantian yang lama.. Fatimah Z Rosli

Tuesday, November 10, 2009

Antara kemenangan Hamid Karzai dan HAMAS


bismillahirrahmanirrahim..

Demokrasi cara US. Hamid Karzai yang memenangi pilihanraya tanpa bertanding (disebabkan oleh penarikandiri pencabar beliau), setelah melalui satu pilihanraya sebelum itu yang penuh dengan pemalsuan undi dan pelbagai kekotoran,terus diiktiraf oleh Presiden US, Barak Obama. Obama menelefon Karzai untuk menyatakan ucapan tahniah seraya meminta beliau mengatasi masalah korupsi yang menguasai pentadbiran negara tersebut.

Ingat lagi 3 tahun yang lalu, ketika pilihanraya yang terbersih di dunia berlangsung di Gaza, HAMAS yang menang tanpa jangkaan itu terus menerus ditempelak oleh Amerika dan sekutunya..

Sesuatu yang sudah jelas, terang lagi bersuluh, demokrasi cara Amerika ialah bila mereka dapat menentukan apa yang berlaku dalam negeri tersebut, mempunyai haimanah atau pengaruh yang kuat ke atas pentadbiran, mudah memperoleh apa sahaja sumber bahan mentah yang diperlukan oleh golongan kapitalis Amerika pada harga yang rendah...

Perbandingan antara Karzai dan HAMAS tidaklah begitu susah, satu sanggup menjadi Pak Sanggup dan yang satu lagi betul-betul memperjuangkan hak asasi rakyat...

Moga kita terus diberi kekuatan untuk mempertahankan Islam di atas mukabumi ini..

Wallahua'lam.

Thursday, October 29, 2009

Warganegara kelas ke-2, teruk sangat?

Bismillah..

Bayangkan anda warganegara kelas ke-2. Di sebuah negara islam yang adil, kerana anda bukan beragama islam. Bukan kerana anda satu2 bangsa tertentu, atau suku2 tertentu. Tapi hanya kerana anda bukan islam.

Keadilan dalam negara ini tidak disangkal lagi. Apa sahaja keperluan rakyat dipenuhi, tanpa mengira bangsa dan agama. Cumanya hak sebagai warganegara kelas kedua terhad dalam bidang politik dan perundangan. Undang-undang merupakan undang-undang islam yang adil, dan Ketua Negara merupakan seorang muslim.

Anda mendapat hak bekerja, hak biasiswa, hak menyambung pelajaran ke luar negara, hak mempertahankan pusaka sepertimana seorang muslim. Hak mendapatkan keadilan sekiranya berlaku jenayah, hak berkeluarga, hak berkawan, hak berjual beli, hak sebagai peniaga, asalkan anda jujur dan adil. Semua hak-hak ini dipenuhi. Tapi sudah pasti anda perlu membayar cukai, tak lain tak bukan sebagai bayran kepada perkhidmatan kakitangan yang memastikan hak-hak anda tertunai..

Sekiranya suatu hari anda diberi hidayah oleh Allah dan ingin menukar ke agama islam, dengan mudahnya juga anda telah menjadi warganegara kelas pertama dan tiada siapa dalam negara itu berhak mempersoalkan hak anda sebagai warganegara kelas pertama walaupun bukan warna kulit yang sama mahupun bentuk batang hidung yang berbeza.



Alhamdulillah saya dilahirkan muslim, dan izzah dengan keislaman saya sehingga ke hari ini. Moga Allah terus berikan taufik dan inayahNya hingga ke penghujung jalan.

Hak kesamarataan antara kaum. Memang itu yang islam perjuangkan, seseorang tidak dibezakan dengan warna kulit-- kalau nak jadi PM perlu sawo matang??-- tapi atas dasar keislaman, kerana seorang muslimlah yang akan mendokongi undang-undang dan sistem negara islam tersebut.

Bila difikir-fikir, sekiranya saya warganegara kelas kedua seperti yang digambarkan di atas, kemungkinan saya rela kekal warganegara kelas kedua, lebih baik drpd memperjuangkan kesamarataan dalam sebuah negara sekular, yang pada hakikatnya belum tentu dapat memenuhi tuntutan saya sebagai seorang warganegara, samada kelas pertama, kedua mahupun ketiga.

Allah Maha Adil, dan Islam itu indah.. Moga Allah menetapkan hati-hati kita dalam perjuangan menegakkan agamaNya!

Saturday, June 13, 2009

H1N1

Bismillahirrahmanirrahim.

Sehingga ke hari ini telah 30,000 orang dijangkiti virus ini di lebih 75 buah negara. Malaysia dan Mesir tidak ketinggalan. Kes pertama di sini merupakan seorang Masriyyah, yang datang dari Amerika Syarikat bersama-sama ibunya. Beliau telahpun diubati. Kes seterusnya yang telah merebakkan jangkitan ke merata pelusuk Kaherah merupakan dua orang pelajar Amerika yang datang dari Amerika, yang belajar di AUC. Asrama AUC di Zamalek telah dikuarantinkan.

Masalah Mesir


Virus ni lambat sampai, dan ada hikmah juga. Mesir terkenal dengan kekotorannya. Pada hakikatnya, saya tak salahkan rakyat Mesir seratus-peratus. Kalau diperhatikan sekitar kawasan Waili, Sayeda Zainab, sampahnya bertimbun-timbun. Boleh dikatakan setiap lima langkah, kita akan jumpa "kawasan pelupusan sampah." Kita semua buat sampah. Apa beza kita dengan orang di Barat sana? Sama, masing-masing buat sampah. Dan rakyat Mesir tidaklah lebih pengotor daripada orang barat, cuma kurang dibiasakan dengan biah yang bersih. Saya pernah menegur seorang Masriy yang buang sampah di jalan. Katanya, sampah yang dibuang tidak menambahkan kekotoran di jalan yang sedia banyak sampah. Saya buntu. Betul juga. Susah untuk kita fahamkan orang kebanyakan tentang hadith Rasulullah yang mengatakan "mengalihkan aza di jalan merupakan sedekah." Susah kerana banyak benda asas rakyat Mesir tidak dipenuhi. (Herm.. kalau bincang tentang masalah rakyat Mesir, takkan sudah..)

Kekotoran Mesir menyebabkan lebih mudah virus ni nak merebak. Orang lelaki Mesir terkenal dengan sikap mereka yang sering meludah di jalanan... Ughh, jalan penuh dengan virus. Tangan mereka jarang-jarang dibasuh (kecuali yang bersolat), jadi bila kita naik bas, semua tempat yang kita pegang penuh virus... Mudah sangat untuk merebak influenza khinzir ni.

Al-Wiqayah Khair Min Al-Ilaj


Kita tak mampu melarikan diri dari takdir Allah Subhana Wa Taala.. Namun Sunnatullah menyuruh manusia berusaha untuk mendapatkan natijah tertentu, yang pada hakikatnya datang hanya dari Allah. Di sini ana ingin menyeru kepada akhawat semua untuk menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin. Cuba tingkatkan immuniti (daya ketahanan badan) dengan memperbanyakkan makan buah dan sayur-sayuran. Alhamdulillah di musim panas ni, banyak buah-buahan enak terjual di luar sana. Kalau nak tahu, tembikai banyak vitamin C-nya.

Pesan Ustazah Effat (Ibu kedua kami di sini) beli sekilo "laimun." Setiap pagi sebelum keluar rumah (atau sebelum memulakan hari, bagi yang tak keluar sebab imtihan) perah dua biji dalam segelas air. Kalau mampu minum terus tanpa gula, minum terus. Kalau tidak, tambah gula, atau lebih baik lagi madu lebah. Mungkin akhwat juga boleh mula makan madu, satu sudu besar setiap hari. Habbatul Barakah pun elok juga untuk meningkatkan ketahanan badan. Yang pastinya, kita memang tak terselamat dari virus tersebut walaupun kita berada di belah barat Kaherah dan virus di belah Timur.

Allahumma inna nasaluka al-afiah.. Wabak penyakit merupakan tanda kemarahan dan kemurkaan Allah ke atas umat manusia, mana tidaknya, maksiat semakin menjadi-jadi... Moga Allah ampunkan kita, ampunkan kelalaian kita dalam membangunkan umat pada hari ini..

Wallahua'lam.

Bacaan tambahan:
More cases of swine flu
Timeline: H1N1 outbreak

Friday, June 12, 2009

Al-Baqou Lillah

Bismillahirrahmanirrahim.

Al-Baqoulillah kepada ahli keluarga Ammar Zulkiflee.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun, ketabahan Ummu Ammar dalam menghadapi pemergian beliau memang satu yang sangat perlu dicontohi oleh kita. Seteguh iman Khansa', Ummu Ammar redho atas ketentuan Ilahi yang terlebih dahulu memanggil anak sulungnya yang soleh.

Moga Allah menyembuhkan Saudara Rahman dan saudara Akram daripada kecederaan mereka. Alhamdulillah, berkat doa orang ramai, dengarnya keadaan makin stabil, Akram juga dengarnya mengalami brain edema dan tidak lebih dari itu. Moga Alla mudahkan untuk mereka berdua.

Bagi Saudara Saif dan Fitri, moga tabah menghdapi ujian Allah SWT. Qadar Allah ma sha a Fa'al. Manusia hanyalah penyebab dan tidak lebih dari itu. Yang ditakdirkan terjadi, telahpun berlaku. Takdir Allah juga telah menentukan yang kalian hanya mendapat kecederaan fizikal yang ringan, semuanya telah tertulis di Lauh al-Mahfuz..

Bagi kita yang berdekatan dengan mereka, moga mengambil iktibar. Kematian datang bila-bila masa, musibah menimpa sebagai ujian, sabar dan tsabat tak kita pada ketentuan Ilahi.

Al-Fatihah buat Arwah, dan doa serta solat hajat buat yang lain, moga stabil, fizikal, mental dan rohani..

Mendekati masyarakat

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya ingin mencadangkan kepada akhwat untuk lebih mengambil tahu tentang keadaan Malaysia. Buat masa nie, mungkin berita yang paling hangat ialah agenda politik Malaysia yang agak membingitkan. Pergolakan luaran dan dalaman.

Mendekati masyarakat bererti masuk ke dalam permasalahan mereka dan berusaha bersama-sama dengan mereka untuk membangunkan islam yang kita impikan. Mendirikan biah (suasana) ideal yang merupakan visi dan misi kita.

Cadangan bacaan : The Malaysian Insider Laman ini memuatkan artikel Bahasa Melayu dan Inggeris serta mempunyai kemudahan untuk para pembaca mengkomen.

Muktamar PAS baru sahaja berlangsung, sehingga hari ini nampaknya pimpinan PAS masih lagi mempertahankan pandangan masing-masing dalam isu Kerajaan Perpaduan. Saya terbaca artikel yang bagi saya merupakan pendekatan yang saya setuju sebagai pemerhati ketiga (third viewer).. Mungkin pembaca boleh berkongsi juga. Klik sini.

Saturday, June 6, 2009

Ucapan Obama.. Apa pendapat anda?

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya sebenarnya tengah ternanti-nanti ulasan tentang ucapan Obama baru-baru ini di Cairo University. Rasanya Mursyidul Am IM Mahdi Akef akan memberikan ulasannya pada hari ini. Klik sini.