Friday, June 12, 2009

Mendekati masyarakat

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya ingin mencadangkan kepada akhwat untuk lebih mengambil tahu tentang keadaan Malaysia. Buat masa nie, mungkin berita yang paling hangat ialah agenda politik Malaysia yang agak membingitkan. Pergolakan luaran dan dalaman.

Mendekati masyarakat bererti masuk ke dalam permasalahan mereka dan berusaha bersama-sama dengan mereka untuk membangunkan islam yang kita impikan. Mendirikan biah (suasana) ideal yang merupakan visi dan misi kita.

Cadangan bacaan : The Malaysian Insider Laman ini memuatkan artikel Bahasa Melayu dan Inggeris serta mempunyai kemudahan untuk para pembaca mengkomen.

Muktamar PAS baru sahaja berlangsung, sehingga hari ini nampaknya pimpinan PAS masih lagi mempertahankan pandangan masing-masing dalam isu Kerajaan Perpaduan. Saya terbaca artikel yang bagi saya merupakan pendekatan yang saya setuju sebagai pemerhati ketiga (third viewer).. Mungkin pembaca boleh berkongsi juga. Klik sini.

3 comments:

  1. pakndak cadangkan lebih kepada isu semasa di malaysia, bukan isu politik. sejauh mana politik tue bergolak, kita tetap sama. pada pandangan pakndak, parti apa pun, yang pasti, ahli politiknya meletakkan darjat dan wang di hadapan.

    ReplyDelete
  2. betul juga.. kalau asik bincang politik, pi main pi mai tang tu juga. :>

    ReplyDelete
  3. tapi sebenarnya bila cakap tentang politik, lebih luas lagi dari hanya bincang soal parti. Satu yang ana nampak, website politik ni banyak mengeluarkan masalah rakyat Msia (atas dasar tak puas hati dengan kerja-kerja kerajaan) kat situ kita boleh belajar, insyaAllah..

    ReplyDelete