Bismillahirrahmanirrahim.
Sehingga ke hari ini telah 30,000 orang dijangkiti virus ini di lebih 75 buah negara. Malaysia dan Mesir tidak ketinggalan. Kes pertama di sini merupakan seorang Masriyyah, yang datang dari Amerika Syarikat bersama-sama ibunya. Beliau telahpun diubati. Kes seterusnya yang telah merebakkan jangkitan ke merata pelusuk Kaherah merupakan dua orang pelajar Amerika yang datang dari Amerika, yang belajar di AUC. Asrama AUC di Zamalek telah dikuarantinkan.
Masalah Mesir
Virus ni lambat sampai, dan ada hikmah juga. Mesir terkenal dengan kekotorannya. Pada hakikatnya, saya tak salahkan rakyat Mesir seratus-peratus. Kalau diperhatikan sekitar kawasan Waili, Sayeda Zainab, sampahnya bertimbun-timbun. Boleh dikatakan setiap lima langkah, kita akan jumpa "kawasan pelupusan sampah." Kita semua buat sampah. Apa beza kita dengan orang di Barat sana? Sama, masing-masing buat sampah. Dan rakyat Mesir tidaklah lebih pengotor daripada orang barat, cuma kurang dibiasakan dengan biah yang bersih. Saya pernah menegur seorang Masriy yang buang sampah di jalan. Katanya, sampah yang dibuang tidak menambahkan kekotoran di jalan yang sedia banyak sampah. Saya buntu. Betul juga. Susah untuk kita fahamkan orang kebanyakan tentang hadith Rasulullah yang mengatakan "mengalihkan aza di jalan merupakan sedekah." Susah kerana banyak benda asas rakyat Mesir tidak dipenuhi. (Herm.. kalau bincang tentang masalah rakyat Mesir, takkan sudah..)
Kekotoran Mesir menyebabkan lebih mudah virus ni nak merebak. Orang lelaki Mesir terkenal dengan sikap mereka yang sering meludah di jalanan... Ughh, jalan penuh dengan virus. Tangan mereka jarang-jarang dibasuh (kecuali yang bersolat), jadi bila kita naik bas, semua tempat yang kita pegang penuh virus... Mudah sangat untuk merebak influenza khinzir ni.
Al-Wiqayah Khair Min Al-Ilaj
Kita tak mampu melarikan diri dari takdir Allah Subhana Wa Taala.. Namun Sunnatullah menyuruh manusia berusaha untuk mendapatkan natijah tertentu, yang pada hakikatnya datang hanya dari Allah. Di sini ana ingin menyeru kepada akhawat semua untuk menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin. Cuba tingkatkan immuniti (daya ketahanan badan) dengan memperbanyakkan makan buah dan sayur-sayuran. Alhamdulillah di musim panas ni, banyak buah-buahan enak terjual di luar sana. Kalau nak tahu, tembikai banyak vitamin C-nya.
Pesan Ustazah Effat (Ibu kedua kami di sini) beli sekilo "laimun." Setiap pagi sebelum keluar rumah (atau sebelum memulakan hari, bagi yang tak keluar sebab imtihan) perah dua biji dalam segelas air. Kalau mampu minum terus tanpa gula, minum terus. Kalau tidak, tambah gula, atau lebih baik lagi madu lebah. Mungkin akhwat juga boleh mula makan madu, satu sudu besar setiap hari. Habbatul Barakah pun elok juga untuk meningkatkan ketahanan badan. Yang pastinya, kita memang tak terselamat dari virus tersebut walaupun kita berada di belah barat Kaherah dan virus di belah Timur.
Allahumma inna nasaluka al-afiah.. Wabak penyakit merupakan tanda kemarahan dan kemurkaan Allah ke atas umat manusia, mana tidaknya, maksiat semakin menjadi-jadi... Moga Allah ampunkan kita, ampunkan kelalaian kita dalam membangunkan umat pada hari ini..
Wallahua'lam.
Bacaan tambahan:
More cases of swine flu
Timeline: H1N1 outbreak
Saturday, June 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment