Wednesday, June 3, 2009

Obama nak datang..!




Bismillahirrahmanirrahim.

Esok Obama akan datang ke Kaherah. Habis jalan semua akan ditutup. Sesiapa yang ada peperiksaan esok di Azhar, ditangguhkan ke 14 Jun nanti. Kecoh juga Mesir dibuatnya, iyalah, pemimpin no 1 dunia datang.

Saya ada mendengar celoteh dua orang akhawat "junior" (baru berumur 13-15 tahun), katanya nak buat plan mengebom Obama! Budak-budak memang hamasah (bersemangat)... Bagus, tapi perlukan tawjih.

Saya kata, kalau kita bom Obama, apa yang kita dapat? Yang pasti ada yang akan naik selepasnya, kalau tak macam dia, mungkin lebih teruk dari dia. Dan setakat ni, yang kita nampak, Obama belum buat apa-apa lagi secara direct ke atas negara-negara umat Islam, tak seperti Bush yang layak dilontar kasut.

Kalau kita bunuh Obama, Islam tetap ditakuk lama. Sebab pada hakikatnya umat islam perlu dikejutkan dari tidur yang lena, bukan semata-mata membunuh pemimpin kerajaan taghut Amerika.

Yang kita perlu faham, politik Amerika dan dunia sekarang, yang cuba nak memperbaiki hubungan mereka dengan Negara-negara Islam.. Obama dipamerkan sebagai seorang tokoh, yang tegas menyatakan hasratnya supaya Israel memberhentikan pembinaan pendudukan baru di Tebing Barat, Hillary Clinton juga dipamerkan sebagai seorang yang lebih lembut hati, kalau nak dibandingkan dengan Rice. Guantanamo Bay yang telah bertahun-tahun menyeksa umat islam dan menjatuhkan maruah mereka akan ditutup sejak kehadiran Obama dalam politik dunia. Tampak seolah-olah berita gembira kepada umat Islam yang semakin mendapat sokongan kuasa besar dunia.

Tapi yang pasti, mereka hadir memang bukan untuk tunduk dan patuh kepada Kerajaan Allah SWT. Apa pun tawaran yang dibuat kepada umat Islam, adalah sekadar untuk mereka mendapat habuan mereka di dunia. Ada kepentingan-kepentingan diri yang dipertaruhkan. Bagaikan bidak-bidak di papan catur, disuruh ke sana dan ke sini untuk merealisasikan harapan Raja.

Ketegasan Obama setakat ini, nampak hanya seperti satu propaganda. Untuk lebih mengharumkan nama beliau di mata umat islam, "menjernihkan" targedi antara umat islam dan rejim Bush. Pada hakikatnya Amerika tetap Raja segala maksiat, dan malah makin menjadi-jadi. Lihat sahaja iklan-iklan di television, video klip-video klip yang hanya menghidupkan kebinatangan dan merendahkan martabat manusia sebagai seorang insan. Pada hakikatnya, pendudukan israel, tetap bertambah, tidak berkurang pon. Bak kata Mark Regev, "..accomodating population growth.."

Penghuraian yang tersurat dan tersirat perlu dibuat. Kedatangan Obama perlu dilihat dari pelbagai aspek. Jangan hanya terima sahaja. (Dan jangan pula menolak terus).

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

(Kepada yang terpaksa menangguhkan imtihan.. kasihan, lambatlah habis nampaknya, jangan gundah, ada hikmah di situ.)

-FZRosli

No comments:

Post a Comment